skip to main | skip to sidebar

Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) IPK Kelantan

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysua (PDRM) direalisasikan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005. Tujuannya untuk pembangunan kerohanian dan moral warga Polis. Penubuhan BAKA diluluskan pada 3 April 2007 dan diletakkan di bawah kawalselia Urusetia Ketua Polis Negara.



Get Your Own Hi5 Scroller Here

LOGO BAKA PDRM

LOGO BAKA PDRM

Rabu, 30 Disember 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH




















Posted by bakaipkkelantan at 10:23 PTG Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

CAWANGAN PENTADBIRAN

CAWANGAN PENTADBIRAN
PUAN NIK SAZALINA DAN PUAN HAMIDAH

UNIT DA'WAH DAN PENERBITAN

UNIT DA'WAH DAN PENERBITAN
US.AMIRUDDIN,US.SHAFIAI,US.AMIN DAN USTZH ROHANI

UNIT PENGIMARAHAN MASJID

UNIT PENGIMARAHAN MASJID
USTAZAH NORAINI, USTAZ ABDULLAH, USTAZ RASYIDI, USTAZ MOHD YUSOFF

UNIT SAHSIAH

UNIT SAHSIAH
USTAZ ABD RAHMAN,USTAZ SAIDI,USTZH NOOR ILHAM DAN USTZH KARMISHAH

Pengunjung Harian

widgeo.net

Islamic Clock

Islamic Calendar

PERJAWATAN DAN OBJEKTIF


Perjawatan BAKA
- Cawangan Agama
- Cawangan Pentadbiran
- Cawangan Kaunseling

OBJEKTIF
1. Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkesan
2. Membentuk warga PDRM yang berakhlak, profesional dan berhemah
3. Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti
4. Meningkatkan mutu disiplin.
5. Memantapkan aspek pembangunan diri
6. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran semasa dan yang akan datang berkait dengan agama
7. Mencari hala tuju dan merencana usaha-usaha bagi kepentingan agama, psikologi dan kaunseling
8. Menyediakan ruang pertukaran maklumat.

FUNGSI BAKA


1. Memberi fokus dalam mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu dan pembangunan insan.
2. Mengenalpasti tahap kefahaman dan penghayatan Islam.
3. Sebagai pakar rujuk/perunding dalam bidang agama, psikologi dan kaunseling
4. Menyediakan peluang dalam bidang agama, psikologi dan kaunseling.
5. Meranacang dan melaksanakan aktiviti agama, psikologi dan kaunseling

Powered By Blogger

BAHAGIAN AGAMA & KAUNSELING (BAKA)

  • BAKA BESUT
  • BAKA KEDAH
  • BAKA IPK PERAK
  • BAKA IPD TASIK BERA
  • BAKA IPK N.SEMBILAN

Blog Arab

  • Dakwah
  • Blog Agama
  • Islam Dihina
  • Sains Dan Islam
  • Penipuan Yahudi
  • Hakikat Kehidupan
  • Pelbagai Gambar Kezaliman

Arkib Blog

  • ►  2010 (17)
    • ►  Februari (12)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 10 (8)
      • ►  Feb 06 (3)
    • ►  Januari (5)
      • ►  Jan 17 (5)
  • ▼  2009 (4)
    • ▼  Disember (4)
      • ▼  Dis 30 (1)
        • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
      • ►  Dis 28 (2)
      • ►  Dis 27 (1)

Negara yang melayari



Get Your Own Hi5 Scroller Here
DAKWAH & PENERBITAN

Jadual Kehidupan Orang Mukmin Di Akhirat

Abu Muhammad Al-Harawi telah berkata: Pada Hari Qiamat orang mukmin masuk Syurga,

  1. Pada hari Sabtu, anak akan menziarahi ibu bapa.
  2. Pada hari Ahad, Ibu bapa akan menziarahi anak.
  3. Pada hari Isnin, murid akan menziarahi guru.
  4. pada hari Selasa, guru akan menziarahi murid.
  5. Pada hari Rabu, semua umat akan menziarahi para Ambiya’.
  6. Pada hari Khamis, Para Ambiya’ akan menziarahi umat mereka.
  7. Pada hari Jumaat, semua makhluk akan menziarahi Tuhan Rabbul Alamin.

Kitab Jauhar Mauhub. m/s: 429.

Empat Rahsia Dalam Ibadat

Syaqiq Al-Balkhi berkata:

Kami tuntut 4 perkara, maka kami dapat dalam 4 perkara

  1. Kami mencari Nur dalam kubur, maka kami dapati Nur tersebut di dalam solat di malam hari ( Qiamul Lail ).
  2. Kami mencari jawapan untuk menjawab soalan mungkar dan Nangkir, maka kami dapati jawapannya dengan membaca Al-Quran.
  3. Kami mencari laluan kepada Sirat Musraqim, maka kami dapati laluannya dengan berpuasa.
  4. Kami mencari keberkatan dalam rezeki, maka kami dapati keberkatan rezeki terdapat pada solat Sunat Dhuha.

Jauhar Mauhub. m/s: 154.

25 Anugerah Allah Azzawajal Kepada Mereka Yang Menunaikan Solat

Rasulullah SAW bersabda solat adalah:

  1. Solat itu adalah keredhaan Allah SWT.
  2. Dikasihi oleh para Malaikat.
  3. Jalan para ambiya’
  4. Nur Ma’rifat.
  5. Asal Iman.
  6. Diperkenankan doa.
  7. Dikabulkan segala amalnya.
  8. Berkat pada rezekinya.
  9. Kesenangan pada badannya.
  10. Senjata atas musuhnya.
  11. Kebencian bagi syaitan.
  12. Shafaat pada teman dan Malikul Maut.
  13. Pelita dalam Kubur.
  14. Hamparan pada tempat duduknya.
  15. Penjawab kepada Mungkar dan Nangkir.
  16. Menjinakkan pada taulan dan Penziarah kepada kubur kita sehingga hari Qiamat.

Solat pada hari Qiamat adalah:

  1. Memayung di atas kepalanya.
  2. Mahkota di atas kepalanya.
  3. Pakaian yang menutupi tubuhnya.
  4. Cahaya yang bersinar pada tangannya.
  5. Perisai daripada api neraka.
  6. Hujjah kepada orang Mukmin di hadapan Allah Azzawajal.
  7. Memberat timbangannya.
  8. Menemaninya di atas Sirat Mustaqim.
  9. Anak kunci kepada Syurga kerana pada solat terdapat tasbih, tahmid, taqdis, ta’zim, qiraat dan doa.

Jauhar Mauhub.m/s: 147.

Enam Pintu Rahsia Mujahadah Kepada Allah SWT

Ibrahim bin Adham: Seseorang soleh akan menghadapi 6 perkara:

  1. Orang Soleh akan menghadapi pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan terbuka.
  2. Orang Soleh akan menghadapi pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka.
  3. Orang Soleh akan menghadapi pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka.
  4. Orang Soleh akan menghadapi pintu tidur akan ditutp dan pintu berjaga malam akan dibuka.
  5. Orang Soleh akan menghadapi pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka.
  6. Orang Soleh akan menghadapi pintu angan-angan akan ditutp dan pintu persediaan menghadapi mati akan dibuka.

Tazkiah Nufus. m/s: 67.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beribadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajian mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dan tubuh jemaah yang lain yang berada dikiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan akan dikeluarkan, manakalayang berlebihan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar, ketika ini badan kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu solat subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat , semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.Situasi yang sama berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabakan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat zohor 4 rakaat dan solat asar yang dikerjakan akan memberikan ruangKepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Gambaran tenaga positifLazimnya, selepas waktu asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat .Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal agar mampu menunaikan tahajjud disepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam ( qiamullail ) Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama islam.Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah apa pula seksaan yang akan diterima kelak dalam kuburnya?”. Rasulullah bersabda: “disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya”.Ada riwayat menyatakan orang meninggalkan solat akan menerima azab daripada ular bernama suja’ul akra’ yang akan berkata kepada simati dengan suaranya bagai halilintar iaitu: “aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari subuh hingga ke zuhur,dari zuhur ke asar,asar ke maghrib dan maghrib ke isyak dan isyak ke subuh. Setiap satu pukulan suja’ul akra’ itu,Mayat orang yang meninggalkan solat akan terbenam kedalam bumi beberapa ratus hasta. Begitulah azab yang akan diterima oleh simati sehingga kiamat. Nauzubillahi min zaliq.

10 jenis solat yang tidak diterima AIlah S.W.TFirman Allah s.w.t dalam surah Al-Mauu’n ayat 4 dan 5 yang bermaksud:“ Maka celakalah ( azablah ) bagi orang-orang yang sembahyang, yang sembahyangnya itu lalai dari sembahyangnya”Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“ Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya” ( Tabyinul Mahaarim )
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa “ 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t antaranya”:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca apa-apa didalam solatnya.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang lari daripada tanggung jawab nya.
5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( Taubat ).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya orang lain.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solat tetapi solatnya itu tidak dapat menahan dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.a.w dan jauh dari Allah”.

Empat Rahsia Ke Arah Mencapai Ma'rifatullah

  1. Meletakkan seluruh perhatian untuk mendapat makrifatullah dan membina kemahuan yang tinggi untuk sampai kepada Allah SWt. Ia hanya dapat dilakukan dengan cara berikut:
    • Mengingati Allah SWT semata-mata melalui zuhud dan tawaduk.
    • Menundukkan sifat kebinatangan seperti nafsu syahwat dan sifat amarah. Memperbanyakkan puasa untuk mengekang nafsu syahwat dan memperbanyakkan amal soleh serta berfikir.
    • Melengkapkan jiwa untuk menerima gambaran secara rasional. Hal ini boleh terlaksana dengan cara berfikir dan membuat kajian ilmiah yang diharuskan. Hal ini boleh dicapai dengan latihan, mujahadah dan pimpinan ulamak yang mursyid dan arif.
  2. Berusaha menjauhkan dunia sepenuhnya dari hati bertajarrud ( membersihkan hati ), yakin kepada Allah SWT dan kekuasaanNya serta berbaik sangka kepada Allah SWT.
  3. Memperolehi sesuatu ( الإشراق ) dan terbuka hati untuk menerima hakikat ketuhanan ( التجلى ). Hal ini menjadi sempurna dengan jalan berfikir tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam serta melakukan zikrullah dengan menghadirkan hati. hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(190)(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” Surah Ali Imran ayat 190&191.

4.Peringkat Pembersihan Hati ( التزكية ) iaitu seseorang yang arif itu melupakan segala-galanya termasuk dirinya sendiri, dia tidak merasai kewujudan sesuatu pun melainkan Allah SWT. Maqam ini disebut Maqam Al-Irfan.

Tazkiah Nufus.m/s: 69.

20 Keramat Wali-Wali Allah SWT Di Dunia

  1. Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.
  2. Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.
  3. Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.
  4. Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.
  5. Allah SWT menjamin rezeki mereka kemana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.
  6. Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.
  7. Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.
  8. Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.
  9. Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.
  10. Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit.Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya.Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.
  11. Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.
  12. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.
  13. Allah SWT menganugerahkan keberkatan yang meliputu semua bidang termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain0lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.
  14. Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.
  15. Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.
  16. Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.
  17. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini.Dengan Izin Allah SWT.
  18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.
  19. Allah SWT mengqabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah, Allah SWT telah menerima doa dan hajat mereka.
  20. Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

Mengenal Diri Dan Wali Allah. m/s: 168.

 

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA USTAZ MOHD HASMAWI

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA USTAZ MOHD HASMAWI

komen anda tentang blog baka ini




BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA)

IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN

15990, JALAN BAYAM

KOTA BHARU

KELANTAN



TEL : 09 - 7455622
Ext - 5531

FAX : 09 - 7440022


EMAIL:baka_ipkkelantan@yahoo.com